RESEPI NASI LEMAK SIMPLE YANG PASTI SEDAP

 Menu yang biasa dihidangkan waktu sarapan iaitu nasi lemak...tapi sekarang makan nasi lemak tak kira waktu dah...malam pun boleh makan nasi lemak jugak...oklah..nasi lemak ni simple je cuma sebab nak makan bagi puas so, siap dengan sambal ikan masin dan ayam goreng berempah...walla...marvellous!!! masak banyak skit bolehlah makan sampai ke lunch...lunch tak payah masak dah...kan jimat tu...


NASI LEMAK
3 cawan beras (saya guna beras cap RAMBUTAN)
2 cawan santan
1 1/2 cawan air (ikut jenis beras ye)
sehelai daun pandan - simpul
1 sudu teh garam halus
2 biji bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker. Gaul sebati dan masak nasi seperti biasa. 5 minit sebelum nasi masak, gaul rata nasi supaya nasi masak sempurna.

* Air ikut jenis beras ye sebab ada yang beras sukatan air mesti sama dengan beras ...ada beras yang perlu tambah 1/2 cawan air dan  kalau guna beras basmathi  biasanya sukatan air 2 kali sukatan beras...



SAMBAL TUMIS IKAN MASIN SEPAT
2 ekor ikan masin sepat- basuh, potong 3 dan goreng.
20 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 biji bawang besar - hiris
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh asam jawa- bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh garam halus
gula secukup rasa
minyak masak

Caranya:
1. Blender cili kering, bawang merah, bawang putih.
2. Panaskan lebih kurang 1/2 senduk minyak dan masukkan bawang besar Goreng hingga naik bau barulah masukkan bahan yang diblender tadi.
3. Masak hingga  cili betul-betul masak dengan api yang sederhana.
4. Masukkan pula air asam jawa, garam dan gula.
5. Masak hingga hampir pekat dan masukkan ikan masin sepat yang telah digoreng tadi. Masak sebentar hingga sambal telah benar-benar masak.

* Kalau nak masak sambal tumis ikan bilis tukar ikan masin dengan segenggam ikan bilis.

HIASAN
Timun - potong
Telur - rebus dan potong 2
Ikan bilis -goreng garing
Kacang tanah( jika suka)- goring













SIAP!!! SELAMAT MENCUBA!!!

Ulasan